Pada Tahun Baharu Cina kali ini, dunia meraikannya secara berbeza. Dengan ramai individu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19, mereka beralih ke Instagram untuk berhubung dengan cara baharu yang kreatif. Hari ini kami akan melancarkan beberapa ciri yang menjadikan perayaan maya lebih meriah.
Instagram mendoakan tuah dan kesihatan yang baik serta kekayaan yang melimpah-ruah pada tahun yang akan datang kepada mereka yang meraikan sambutan.
Selanjutnya tentang @naomiotsu: Naomi Otsu merupakan seorang pereka grafik dan ilustrator yang berpangkalan di New York. Karyanya sering menampilkan pelbagai unsur berwarna-warni yang diilhamkan oleh bandar dan budaya tempat dia dibesarkan. Kini dia seorang karyawan bebas yang sedang menjalankan pelbagai projek.
Selanjutnya tentang @___jamon: Moon-mi You mengusahakan kafe rumah di Korea, membuat video minuman dengan niat untuk menyampaikan mesej "Saya bukan seorang profesional, tetapi saya boleh menikmati kek dan roti yang dibuat sendiri dan minuman gaya kafe di rumah walaupun saya melakukan kesilapan." Baru-baru ini dia memperluaskan siri videonya dengan menyertakan pelbagai jenis makanan, termasuk membuat kek dan memasak.
Selanjutnya tentang @hevesh5: Lily Hevesh merupakan seorang Artis Domino profesional yang berpangkalan di Boston, MA, yang mereka, membina, dan merobohkan ribuan domino untuk menghasilkan respons rantaian rumit lagi indah. Hasil kerja tangannya telah dilihat lebih daripada sebilion kali di media sosial yang dia sendiri telah meraih lebih daripada 3,000,000 pengikut.
ARTIKEL BERKAITAN